Bismillahhirahmanirrahim...
Assalammualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Penyembuh, lagi Maha Agung, hatiku mendesak untuk menulis coretan pengalamanku melalui pahit getir kehidupan sebagai bekas pesakit psikologi, Post - Trauma disorder. Allah yang Maha berkuasa telah mempertemukan aku dengan insan-insan yang istimewa di sepanjang proses kesembuhan yang aku lalui.
Di sini aku coretkan segalanya. Dari "peristiwa" kelam itu sehingga kini aku kembali pulih dan sihat seperti insan lain. Agak sedikit gentar sebenarnya untuk aku tulis coretan ini. Kerana sudah lama aku meng"hijab"kan pemikiranku untuk melupakan "peristiwa" itu. Namun, kerana Allah swt, dengan niat untuk para pembaca yang senasib denganku untuk berkongsi rasa yang dilalui, aku gagahkan hati agar mindaku sentiasa tenang dalam penulisan ini tanpa gentar. Hanya Allah yang layak untuk aku takuti.
Semoga coretan ini akan membuka minda para pembaca yang kini mengharapkan sinar kesembuhan dan kegembiraan di penghujung derita sakit ini agar terkukuh semat di hati, bahawa anda tidak sendirian. Allah swt mengirimkan sahabat-sahabat dan saudara seperjuangan untuk kita semua menghibahkan diri menjadi insan yang lebih baik di akhir cerita derita kesakitan ini. Insya Allah.
Perkongsian di alukan.
Komentar dalam hikmah sila ajukan.
Ini sekadar luahan.
Sekadar ruang melepas keresahan.
![]() |
| Let Allah direct your path. Believe and be with him. |

No comments:
Post a Comment